Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Muda Sarawak

    KUCHING, 10 SEPT – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Awam Sarawak, mendiang Datuk Seri Ambrose Blikau Enturun, di kediamannya di Jalan Kedandi, Tabuan Dusun di sini.

    Beliau tiba di kediaman mendiang kira-kira pukul 3:10 petang, sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama keluarga mendiang.

    Abang Johari berkata mendiang merupakan seorang pemimpin yang hebat dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), serta telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Katibas selama sembilan penggal, sebelum mengumumkan untuk bersara pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang lepas, atas faktor kesihatan.

    “Ambrose merupakan seorang rakan seperjuangan, sahabat dan pemimpin PBB yang hebat bersama-sama pemimpin Iban yang lain berjuang mempertahankan PBB, dalam cara bagaimana kita harus mentadbir negara berbilang kaum,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di sini, hari ini.

    Ambrose, 70, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8:05 pagi pada Sabtu di Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan paru-paru dan akan disemadikan pada Isnin ini di Nirvana Park Kuching.

    Dilahirkan pada 22 Jun 1953, mendiang meninggalkan isteri Datin Seri Marie Theresa Mathias serta dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan serta lapan orang cucu. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Jumaani Tuanku Bujang mendengar sesuatu daripada Datin Seri Marie Therese Mathias (kiri), selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri Ambrose Blikau Enturan di kediaman beliau di Tabuan Dusun kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...