Abang Johari nafi jumpa Muhyiddin

KUCHING, 6 MAC – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan ada membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bagi membincangkan perkara berhubung Kabinet Persekutuan baharu yang akan dibentuk.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada sudah ada keputusan berhubung penyertaan GPS dalam Kabinet itu dengan meminta  pemberita untuk menunggu sehingga esok.

“Tunggulah besok, saya ada mesyuarat PBB (esok),” katanya kepada media, merujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi  parti itu yang akan diadakan di ibu pejabat mereka di Jalan Bako di sini. – Bernama