Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Abang Johari popularkan ‘sik berasa’ dan ‘ketek ajak’

    KUCHING, 13 JUN – Dua frasa bahasa Melayu Sarawak menjadi cukup popular di media sosial di Bumi Kenyalang ini sejak kira-kira sebulan lepas, selepas ia diungkapkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada beberapa majlis yang dihadirinya.

    Yang pertama frasa ‘sik berasa’, yang secara kasarnya bermaksud ‘tidak terasa’, manakala keduanya ialah ‘ketek ajak’, yang bermaksud ‘klik sahaja’.

    Abang Johari telah menggunakan frasa-frasa ini semasa bercakap mengenai bagaimana masa berlalu begitu pantas.

    Kata-kata “..baruk ari marek ari Jemat, ari tok dah Jemat agik dah … sik berasa” yang membawa maksud “Rasanya seperti baru semalam hari Jumaat, hari ini sudah tiba Jumaat sekali lagi.. tidak terasa,” telah diungkapkan beliau dalam satu majlis sebelum ini, dan sejak itu frasa ‘sik berasa’ menjadi tular di media sosial.

    Abang Johari terus menggunakan frasa ‘sik berasa’ semasa menyampaikan ucapan di majlis-majlis seterusnya, dan ini membawa kepada pemimpin-pemimpin lain turut terikut-ikut menuturkan frasa itu, selain ia menjadi jenaka popular, serta beberapa ‘simbol’ mengenainya dicipta di WhatsApp, dan sebagainya.

    Apabila jenuh dijadikan jenaka, Abang Johari menerima perkembangan itu dengan baik.

    “Ada orang nak viralkan saya makei sik berasa, pakailah sik berasa. Bagus juak (Ada orang nak viralkan saya menggunakan istilah sik berasa, gunalah sik berasa, bagus juga),” katanya dalam satu majlis baru-baru ini. -Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...