Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Abang Long Fadil kutip RM24 juta dalam tempoh sebulan

    Filem bergenre komedi aksi, Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions dan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM24 juta dalam tempoh sebulan.

    Pengarahnya, Syafiq Yusof bersyukur atas sambutan memberangsangkan, walaupun sudah sebulan ditayangkan di pawagam.

    “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang menyokong filem Abang Long Fadil 3.

    “Meskipun filem ini ditayangkan lebih satu bulan, namun masih mendapat sambutan baik daripada penonton.

    “Tanpa sokongan positif mustahil kejayaan ini dapat dicapai,” katanya kepada BH Online.

    Syafiq turut menzahirkan harapan agar lebih ramai peminat dapat meluangkan masa dan memberi sokongan dengan menonton filem arahannya.

    “Saya mengharapkan mereka belum menonton meluangkan masa melayan filem Abang Long Fadil 3 bersama keluarga mahupun insan tersayang,” katanya.

    Terdahulu, penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, filemnya mendapat sambutan terutamanya dari golongan keluarga.

    “Menerusi platform sosial media dan tinjauan menerusi siri jelajah Abang Long Fadil 3, kami mendapati rata-rata penonton yang hadir ke pawagam daripada golongan berkeluarga.

    “Saya dan rakan penerbit Astro Shaw ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menonton filem arahan Syafiq ini. Kami harap penonton tidak lepaskan peluang menyaksikan dan berhibur dengan Abang Long Fadil 3,” katanya.

    Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. – Agensi

    Yusof dan Syafiq bersyukur filem yang menyaksikan Fadil kembali dengan misi baharu yang lebih berprofil tinggi meraih pemonton berkeluarga. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...