Abang Nombor 1 Pol Pot kemukakan rayuan

PHNOM PENH, 16 OGOS – Pemimpin Khmer Rouge terakhir yang masih hidup, Khieu Samphan, 90, atau lebih dikenali sebagai Abang Nombor 1 Pol Pot hari ini mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.

Hukuman adalah atas peranannya dalam pembunuhan lebih dua juta rakyat Kemboja kerana kerja berlebihan, ke-buluran dan pembunuhan beramai-ramai dari tahun 1975 sehingga 1979.

Peguamnya dalam mengemukakan rayuan menyatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil pendekatan selektif untuk menyaksikan keterangan dan tidak memberi bukti kukuh memihak kepada Pol Pot.

Sabitan kesalahannya menggunakan kriteria undang-undang yang mungkin tidak diketahui ketika tuduhan jenayah itu terjadi lebih 40 tahun lalu, menurut peguamnya lagi.

Pol Pot dipenjara bersama adiknya Nuon Chea seumur hidup kerana melakukan pembunuhan dan jenayah lain termasuk perkahwinan paksa dan memperkosa. Nuon Chea meninggal dunia pada 2019.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah pada 2014 kerana jenayah kemanusiaan berhubung pemindahan secara paksa dari Phnom Penh pada April 1975, apabila tentera Khmer Rouge mengarahkan penduduk ibu kota berpindah ke kem buruh di luar bandar.

Menurut seorang pegawai mahkamah, perbicaraan di mahkamah khas di Phnom Penh dijadualkan berlangsung hingga Khamis dan tertuduh dijangka memberi keterangan pada akhir perbicaraan rayuan. – AFP

Gambar serahan mahkamah khas Kemboja menunjukkan bekas ketua Khmer Rouge, Khieu Sampan semasa perbicaraan terhadap hukuman penjara seumur hidupnya di Phnom Penh. – AFP