Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Abang Paul Pogba didakwa peras ugut

    PARIS, 18 SEPT – Abang kepada Paul Pogba telah didakwa dan ditahan atas dakwaan memeras ugut bintang bola sepak Perancis itu, kata sumber yang rapat dengan kes itu pada Sabtu.

    “Kami akan mencabar keputusan ini,” peguam Mathias Pogba, Yassine Bouzrou, memberitahu penyiar Perancis BFMTV, menegaskan bahawa anak guamnya tidak melakukan kesalahan jenayah.

    Sumber kehakiman berkata, empat orang lain yang ditahan dan disoal siasat berhubung kes itu, berumur antara 27 dan 36 tahun, juga telah didakwa dan ditahan.

    Kelima-lima mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak Selasa dan Rabu.

    Mathias Pogba, 32, mengakui berada di sebalik video pelik yang disiarkan dalam talian pada 27 Ogos yang menjanjikan “pendedahan hebat” mengenai pemain Juventus
    dan ahli pasukan kebangsaan Perancis itu.

    Empat yang lain semuanya rapat dengan adik-beradik Pogba. – AFP

    Mathias Pogba, abang kepada pemain pasukan kebangsaan Perancis Paul Pogba, bercakap kepada media sebelum perlawanan bola sepak antara All Star France di Stadium Vallee du Cher, Perancis, 29 Disember 2019. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...