Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABB beli unit GE sekitar AS$2.6 bilion

    ZURICH, 25 Sept – Kumpulan kejuruteraan Swiss-Sweden ABB bersetuju hari ini untuk membeli unit penyelesaian industri General Electric dengan harga AS$2.6 bilion euro dalam satu tindakan untuk merangsang perniagaannya di Amerika Syarikat.

    “Perniagaan penyelesaian elektrifikasi global GE, GE Industrial Solutions mempunyai hubungan pelanggan yang erat di lebih 100 buah negara dan merupakan pangkalan mantap dengan asal-usul yang kukuh di Amerika Utara, pasaran terbesar ABB,” kata ABB dalam satu kenyataan.

    GE Industrial Solutions beribu pejabat di Atlanta, Georgia, dan mempunyai kira-kira 13,500 pekerja di seluruh dunia.

    Pada tahun 2016, ia menghasilkan pendapatan berjumlah kira-kira AS$2.7 bilion.

    “Dengan GE Industrial Solutions, kami memperkukuh kedudukan nombor dua kami dalam elektrifikasi di seluruh dunia dan mengembangkan kemudahan kami ke pasaran Amerika Utara,” kata ketua eksekutif ABB, Ulrich Spiesshofer.

    “Bergabung dengan hubungan bekalan strategik jangka panjang kami dengan GE, urus niaga ini mewujudkan nilai besar kepada pemegang saham kami.”

    “Kombinasi ini mengumpul bersama dua perniagaan global dengan pelengkap perlindungan elektrik dan pengagihan aset,” kata CEO GE John Flannery.

    Urus niaga dijangka ditutup pada separuh tahun pertama 2018, tertakluk kepada kelulusan peraturan, kata ABB. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda