Abby Abadi dituduh pilih kasih

Gara-gara kerap memuat naik foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram miliknya, pelakon Abby Abadi dianggap sebagai ibu yang pilih kasih.

Menjawab dakwaan tersebut, Abby, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 43, menjelaskan dia banyak berkongsi foto Dania berikutan ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-15 pada Ahad lalu.

Menurut pemilik Abby, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar untuk bergaya di hadapan kamera.

“Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania saja, yang seorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Saya tahu dia maksudkan anak ketiga saya tu.

“Satunya, dah hari ini kebetulan hari lahir Dania, jadi banyaklah gambar dia. Lepas itu anak saya Danisha tu tak suka bergambar, tak nak dia bergaya macam kakaknya ni.

Abby memberitahu dia sentiasa melayan kesemua anak-anaknya secara sama rata. – Agensi

“Karakter berbeza. Tapi kalau setakat mengusik, buli yang kecil Daiyan, Dayana dan Darda itu dialah orangnya ya,” kata Abby.

Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara itu di laman Instagram miliknya selepas ada warganet mempertikaikan tindakannya tersebut.

Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 12.

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sentiasa melayan kesemua anak-anaknya secara sama rata.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. – Agensi