Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Abby Abadi restu anak sulung ada ilmu agama jadi selebriti

    Merestui penglibatan anak lelaki terjun dalam bidang hiburan, pelakon Abby Abadi bagaimanapun memberitahu dia sentiasa mengingatkan Mohamed Danish Hakim supaya tidak leka dan menjaga hubungan baik dengan Allah.

    Menurut Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 45, pengalamannya bergelar seorang selebriti sedikit sebanyak membuatkan dirinya bimbang jika anak sulungnya itu mengulangi kesilapan sama seperti mana yang Abby pernah lakukan sebelum ini.

    “Pada awalnya memang saya tidak melihat anak-anak saya akan terlibat dalam dunia seni, namun apabila dia ada minat ke arah itu saya tidak menghalang.

    “Saya selalu nasihatkan dia supaya jangan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sentiasa menjaga hak Allah dan tahu batas dalam dunia lakonan. Saya tidak mahu dia ulang kesilapan yang pernah saya buat sebelum ini.

    “Ketika berlakon dahulu saya pernah terleka dan saya tidak mahu ia terjadi kepada anak-anak,” katanya ketika dihubungi wartawan baru-baru ini.

    Danish, 19, yang merupakan anak lelaki pertama hasil perkahwinan Abby bersama aktor Norman Hakim. Pemuda kacak itu merupakan seorang daripada 12 peserta program pencarian bakat Fit For Action yang bakal bersiaran di TV3 pada 3 September depan bermula pukul 10 malam.

    Melihat latar belakang anaknya yang pernah mengikuti pengajian hafazan di Turki pada usia 14 tahun, Abby berharap Danish dapat menyampaikan mesej baik kepada penonton dan memberi manfaat kepada masyarakat.

    “Ramai yang anggap seorang yang ada latar belakang agama tidak boleh masuk dalam dunia hiburan. Perkara tersebut harus diubah! Siapa tahu dengan ilmu yang dimiliki Danish dia boleh membawa orang lain untuk sama mendekati agama.

    “Bukan satu kesalahan besar jika seseorang yang ada pendidikan agama terjun ke dunia seni kerana kalau pandai bawa diri, kerjaya apa sekali pun ia tidak ada sebarang masalah,” jelasnya. – Agensi

    Abby selalu nasihatkan anaknya supaya jangan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan tahu batas dalam dunia lakonan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...