BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) turut memaklumkan penutupan semua perkhidmatan kaunter pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduannya bermula 21 Mac lalu, berikutan penularan COVID-19.
ABCi dalam kenyataannya menyarankan orang ramai untuk mengajukan pertanyaan atau aduan melalui telefon seperti hal pendaftaran dan pelesenan di talian 2382426, hal aduan dan penguatkuasaan di talian 2381430 dan hal kebenaran kemajuan di talian 2380428 di samping talian hotline 8140365 (WhatsApp dan SMS sahaja) atau e-mel abci.customerservice@mod.gov.bn.
Bagi penghantaran persuratan am bolehlah dibuat menerusi e-mel abci.office@mod.gov.bn.
Kenyataan menyatakan, penutupan sementara itu bertujuan untuk mengurangkan interaksi orang ramai bersama pegawai dan kakitangan ABCi di kaunter pembayaran, perjumpaan, pertanyaan dan aduan.