ABDB pengambilan ke-31 adakan perjumpaan semula

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Seramai lebih daripada 40 orang mantan pengambilan ke-31 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kelmarin telah menghadiri Majlis Perjumpaan Semula yang berlangsung di Restoran Hellas, Serusop.

Majlis yang dianjurkan buat julung-julung kalinya itu diharap akan dapat memperingati dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka setelah hampir 43 tahun tidak berjumpa.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan beberapa ucapan alu-aluan daripada yang hadir dalam sama-sama memperingati kenangan kisah-kisah ceria, suka dan duka yang telah dialami semasa zaman pengambilan mereka.

Majlis juga turut diisikan dengan bacaan Doa Yasin bagi memperingati rakan-rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Warga ABDB pengambilan ke-31 bergambar ramai pada majlis tersebut.
Warga ABDB pengambilan ke-31 bergambar ramai pada majlis tersebut.