Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    ABDB terima agihan kurma kurnia KDYMM

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison telah menerima kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1443 Hijrah pada majlis pengagihan yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi mewakili pemerintah ABDB pada majlis berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

    Turut hadir ialah ketua staf ABDB, para pengarah tentera, komandan, pegawai pemerintah serta pegawai-pegawai ABDB di bawah Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Leftenan (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar diikuti dengan acara pengagihan kurma kurnia peribadi Baginda Sultan kepada wakil-wakil jabatanarah dan unit tentera oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi.

    Pengurniaan buah-buah kurma kurnia peribadi berkenaan mencerminkan sikap pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengurniakan amal sedekah secara khusus sempena menjelangnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

    Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi mengagihkan kurma kurnia peribadi Baginda Sultan kepada wakil-wakil jabatanarah dan unit-unit tentera di majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.
    Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi ketika menghadiri majlis pengagihan kurma kurnia Baginda Sultan yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...