Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Abdul Latif intai emas keempat

    KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Jaguh Paralimpik Malaysia, Datuk Abdul Latif Romly yakin mampu menjulang pingat emas keempat berturut-turut dalam penampilan keempatnya di temasya Sukan Para ASEAN (APG) Solo yang bermula pada Sabtu ini.

    Atlet berusia 25 tahun yang sebelum ini berjaya mengungguli acara lompat jauh lelaki F20 (masalah intelektual) sejak penampilan pertama pada edisi 2013 di Myanmar itu berkata, segala persiapannya sudah dilakukan bagi menjayakan dan merealisasikan misi tersebut.

    Walaupun bakal beraksi buat kali pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September lepas, juara dunia itu tetap yakin untuk ‘terbang’ jauh di Solo.

    Sementara itu, pembawa Jalur Gemilang ke APG kali ini, Mohd Zikri Zakaria turut menyasarkan untuk merangkul pingat perak acara lontar peluru F55 (berkerusi roda) pada penampilan keduanya. – Bernama

    Datuk Abdul Latif Romly yakin mampu menjulang pingat emas keempat berturut-turut dalam penampilan keempatnya di temasya Sukan Para ASEAN (APG) Solo pada tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...