Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Abdul Malik, Noorhamisah juara Larian Terbuka 5 Kilometer

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Hulubalang Asgar Awang Abdul Malik bin Awang Hidup muncul juara bagi Kategori Larian Terbuka Lelaki 5 Kilometer manakala Noorhamisah binti Haji Abdul Ghani menjuarai Kategori Larian Terbuka Perempuan 5 Kilometer semasa acara Larian Amal Anak telah diraikan pada majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara tersebut merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama SMARTER Brunei, bersempena memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2023.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kategori Larian Kompetitif bagi Pelajar Berkeperluan Khas Perempuan 3 Kilometer ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kategori Larian Terbuka Lelaki 5 Kilometer, Kategori Larian Terbuka Perempuan 5 Kilometer dan Kategori Larian Kompetitif bagi Pelajar Berkeperluan Khas Lelaki 3 Kilometer ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Bagi Kategori Larian Terbuka Lelaki 5 Kilometer, tempat pertama dengan catatan masa 16 minit 54 saat disandang oleh Hulubalang Asgar Awang Abdul Malik, tempat kedua, Ruzaini bin Mahadi dengan catatan masa 16 minit 59 saat dan Muhammad Fathurrahman bin Haji Zulkifli pula menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 17 minit 10 saat.

    Bagi Kategori Larian Terbuka Perempuan 5 kilometer, Noorhamisah berjaya memenangi tempat pertama dengan catatan masa 21 minit 42 saat, manakala Tho Siaw Khim mendapat tempat kedua dengan catatan masa 22 minit 06 saat dan tempat ketiga pula milik Aida Syazwana Izzati binti Shamsul dengan catatan masa 22 minit 12 saat.

    Untuk Kategori Larian Kompetitif bagi Pelajar Berkeperluan Khas Lelaki 3 Kilometer, tempat pertama disandang oleh Mudd Rasuli @ Muhammad Risqie bin Rosli dengan catatan masa 12 minit 40 saat, sementara Mohd Adran Shah bin Mohd Azrie menduduki tempat kedua dengan catatan masa 14 minit 48 saat dan Muhammad Sahrazeen bin Samai di tempat ketiga dengan catatan masa, 15 minit 4 saat.

    Untuk Kategori Larian Kompetitif bagi Pelajar Berkeperluan Khas Perempuan 3 Kilometer, tempat pertama dengan catatan masa 25 minit 20 saat dimenangi Sarah Nursyifa binti Ashrul Faizal, tempat kedua Syahindah binti Abdul Rahim dengan catatan masa 26 minit 57 saat dan tempat ketiga dengan masa 27 minit 49 saat diraih oleh Safirah binti Affendi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai bersama pemenang bagi Kategori Larian Terbuka Lelaki 5km. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...