Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abe bubar parlimen

    TOKYO, 28 Sept – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe secara rasmi membubarkan parlimen hari ini, yang menandakan bermulanya kempen pilihan raya kebangsaan yang mana beliau berdepan cabaran yang tidak dijangka dan sukar daripada gabenor Tokyo yang popular.

    Para anggota dewan rendah mengangkat tangan mereka dan melaungkan ‘Banzai’ sebanyak tiga kali yang menyamai ‘tiga sorakan’ selepas speaker membacakan kandungan sepucuk surat dari Abe yang secara rasmi membubarkan dewan itu.

    Para pengundi di ekonomi ketiga terbesar dunia itu akan mengundi pada 22 Oktober dan yang mana Abe berusaha mendapatkan mandat popular baru bagi pendirian kerasnya terhadap Korea Utara dan rancangan baru cukai.

    “Persaingan sukar bermula akan bermula hari ini,” Abe memberitahu para pemberita sambil menggoyangkan genggaman tangannya.

    Perdana Menteri berkata “Ini adalah pilihan raya tentang bagaimana melindungi nyawa rakyat.”

    Shinzo Abe (tengah) memberikan tepukan ketika dewan rendah parlimen meluluskan pilihan raya kilat di Tokyo pada 28 September. – AFP

    “Kita mesti bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa ketika kita berdepan dengan ancaman dari Korea Utara.”

    Abe meminta sokongan awam bagi ‘diplomasi kukuhnya’ berhubung Korea Utara, yang mengancam akan ‘mengaramkan’ Jepun menjadi lautan dan melepaskan peluru berpandu di pulau utaranya, Hokkaido sebanyak dua kali di ruang udara dalam tempoh sebulan.

    “Kita perlu berjuang bagi masa depan anak-anak kita,” Abe mengejutkan Jepun Isnin lalu dengan gesaan mengejut bagi pilihan raya awal, dengan mengambil kesempatan dari tentangan lemah dan rangsangan dalam tinjauan pendapat, ketika para pengundi menyambut baik dasar keras beliau tentang Korea Utara.

    Tetapi Gabenor Tokyo Yuriko Koike mengubah politik Jepun beberapa hari kebelakangan, mencuri perhatian Abe dengan partinya yang baru dilancarkan “Parti Harapan” yang berusaha menggoyahkan landskap politik negara yang lembap.

    Parti baru Koike, secara rasmi didedahkan semalam, telah menarik kemasukan ramai ahli undangan dari pelbagai latar belakang ideologi dan boleh menyatukan tentangan terhadap Abe, mengemukakan para pengundi Jepun dengan alternatif yang boleh dipercayai daripada perdana menteri.

    Pemimpin utama parti pembangkang utama Parti Demokratik(DP) telah mencadangkan kepada para ahli bahawa DP sepatutnya tidak menjadi calon dalam pilihan raya 22 Oktober dan mereka bebas untuk menyertai kumpulan baru Koike. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda