Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abe ikrar semak semula perlembagaan Jepun

    TOKYO, 21 Sept – Shinzo Abe meneruskan ikrarnya untuk menyemak semula perlembagaan damai Jepun selepas memenangi penggal ketiga yang bersejarah sebagai ketua parti yang meletakkannya dalam laluan untuk menjadi perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara itu.

    Pemimpin konservatif berusia 63 tahun itu, meraih 553 undian berbanding 254 yang dimenangi oleh bekas menteri pertahanan, Shigeru Ishiba, dalam perebutan sengit keduanya bagi ketua Parti Liberal Demokratik (LDP).

    “Saya akhirnya akan menyemak perlembagaan, yang tidak pernah dicapai dalam tempoh 70 tahun sejak berakhirnya peperangan dan mula membangunkan negara baharu apabila kita melihat masa depan,” Abe memberitahu para wartawan selepas kemenangannya itu.

    Dia berkata pemilihannya itu memberikannya ‘sokongan kuat’ untuk mencadangkan pertukaran kepada teks, yang akan dihantarnya ke parlimen pada sesi seterusnya, dijangka akan berlangsung dalam masa beberapa minggu lagi.

    Shinzo Abe ketika menyampaikan ucapannya semasa pemilihan pemimpin parti LDP di Tokyo baru-baru ini. – AFP

    Kemenangan pilihan raya itu menyaksikan Abe tiga tahun lagi sebagai ketua parti, memberikannya peluang untuk memecahkan rekod bagi perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara itu, yang dipegang oleh Taro Katsura, seorang ahli politik yang dihormati berkhidmat tiga kali di antara 1901 dan 1913.

    Shinichi Nishikawa, seorang profesor politik di Universiti Meiji di Tokyo memberitahu AFP bahawa undian tersebut adalah referendum ke atas rekod Abe yang berjaya dirundingkannya.

    “Tetapi dia tidak dapat mengalu-alukan keputusan itu sepenuh hati memandangkan dia tidak dapat menang besar.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda