Abe jalani pemeriksaan kesihatan

TOKYO, 17 OGOS – Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini dilaporkan sekadar menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Tokyo, walaupun terdapat khabar angin mengenai tahap kesihatan pemimpin nombor satu Jepun itu, lapor agensi berita Xinhua.

Kyodo News melaporkan Abe ke Hospital Universiti Keio di ibu negara itu sehari selepas bekas Menteri Ekonomi, Akira Amari berkata kepada satu program televisyen, perdana menteri perlu berehat dan mungkin mengalami keletihan. – Bernama