Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abe ke China kukuh hubungan ekonomi

    TOKYO, 23 Okt – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan berkunjung ke China minggu ini dengan harapan untuk meningkatkan hubungan yang membawa kepada hubungan kerjasama ekonomi baharu tatkala dua negara itu berdepan tekanan perdagangan Amerika Syarikat.

    Lawatan itu merupakan yang pertama oleh pemimpin Jepun sejak 2011 dan sebahagian daripada proses jangka panjang memperbaiki hubungan, apabila pulau pertikaian Tokyo dituntut oleh Beijing.

    Insiden itu menyebabkan rusuhan anti-Jepun di China dan mencetuskan hubungan buruk yang akhir-akhir ini mula membaik.

    Sejak pertemuan janggal 2014 antara Abe dan Presiden China Xi Jinping dalam persidangan itu, lawatan menteri-menteri telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan melembutkan retorik.

    Tetapi lawatan Abe akan menjadi ujian mengenai keadaan dua buah negara dan keperluan kemajuan sangat diperlukan tatkala Presiden Donald Trump mengenakan tarif dan menggegarkan perdagangan antara China dan Jepun.

    “Perang perdagangan dengan AS akan membantu mendekatkan lagi kedua-dua buah negara,” kata penolong profesor sains politik Universiti Maine dan pakar hubungan Jepun-China, Kristin Vekasi.

    “Atas sebab itu, mereka sebenarnya berada di pihak yang sama dan jika Jepun menjauhkan diri daripada AS kerana penurunan peluang ekonomi, terdapat potensi untuk mendekatkan hubungan bersama China,” beritahunya kepada AFP. – AFP

    Abe semasa menyampaikan ucapan pada majlis ulang tahun ke-150 era Maharaja Meiji kelmarin. Abe akan berkunjung ke China minggu ini dengan harapan untuk meningkatkan hubungan yang membawa kepada hubungan kerjasama ekonomi baharu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda