Abe mahu jumpa Kim

TOKYO, 28 Jan – Perdana Menteri Jepun berikrar untuk ‘meleraikan isu kepercayaan bersama’ dalam pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sekali gus memulihkan semula hubungan diplomatik antara dua negara berkenaan.

Ketika berucap pada majlis pembukaan Parlimen, Shinzo Abe (gambar bawah), juga berjanji untuk membawa hubungan antara Sino-Jepun ke tahap baharu dan berikrar menyediakan peruntukan bajet yang mampu memperkukuh infrastruktur ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

“Saya akan bertindak dengan tegas, tidak akan gagal merebut segala peluang untuk memecahkan kerangka kepercayaan bersama dan saya sendiri akan berhadapan dengan Pengerusi Kim Jong-un, untuk menangani isu nuklear dan peluru berpandu dengan Korea Utara, selain isu penculikan,” kata Abe.

Bagaimanapun, Abe tidak menetapkan tempoh masa untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara itu tetapi kenyataan itu dibuat selepas Jong-un mengarahkan persiapan dibuat menjelang sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangkakan pada akhir bulan depan. – AFP