Abe suarakan harapan Brexit

LONDON, 11 Jan – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam berkata beliau berharap Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dengan tanpa perjanjian, ketika beliau menyokong urusan perjanjian Brexit kerajaan yang menimbulkan perbalahan beberapa hari sebelum pengundian para ahli undangan.

Diiringi oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May ketika lawatan ke London, Abe berkata perniagaan-perniagaan Jepun ‘sangat mengalu-alukan’ draf perjanjian perpisahan tersebut, yang nampaknya majoriti ahli undangan Britain akan menolaknya di parlimen Selasa depan di tengah tentangan keras.

Beliau menambah kata “Draf perjanjian ini adalah bagi peralihan dan kestabilan sah untuk perniagaan Jepun dan sangat dialu-alukan.”

Sokongan itu tiba ketika tekanan meningkat ke atas May untuk menolak Brexit tanpa urus janji jika perjanjian beliau ditolak oleh Ahli Parlimen minggu depan.

Menteri Perniagaan Greg Clark awal semalam memberi amaran bahawa keluar dari EU pada 29 Mac tanpa perjanjian akan mengundang bencana.

“Itu adalah situasi yang membawa bencana yang mana kita beralih kepada syarat perdagangan paling asas dengan rakan-rakan paling rapat kami,” kata beliau memberitahu radio BBC.

Bagaimanapun May mengulangi satu-satunya cara bagi Britain mengelak meninggalkan EU tanpa perjanjian, ialah untuk menyokong rancangan beliau.

“Terdapat urus janji yang bagus,” ujarnya. “Saya mahu melihat urus janji ini melalui parlimen.”

Ahli-ahli Parlimen Konservatif yang menyokong Brexit membantah perjanjian itu, dengan mengatakan ia mengakibatkan negara mempunyai hubungan rapat dengan Eropah dan May telah pun mengundi sekali tatkala kekalahan dijangka berlaku. – AFP

Theresa May (kanan) dan Shinzo Abe mengadakan sidang media bersama di 10 Downing Street, pusat London pada 10 Januari 2019. – AFP