TOKYO, 8 Mei – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini mengucapkan tahniah kepada Emmanuel Macron bagi kemenangannya dalam pilihan raya presiden Perancis.
Dalam mesej yang dihantar kepada Macron dan juga kepada media di sini, Abe berkata kemenangan Macron adalah ‘kemenangan simbolikk terhadap langkah perlindungan.’
Pemimpin Jepun menambah bahawa kemenangan ‘pro-Kesatuan Eropah’ adalah pengiktirafan bagi Kesatuan Eropah.
Abe juga berkata bahawa dia ingin bekerjasama dengan Macron untuk menghadapi cabaran berterusan yang kini dihadapi dunia.
“Saya mahu bekerja bersama-sama dengan anda bagi keamanan dunia dan kemakmuran dalam meneruskan cabaran dalam ketegangan antarabangsa,” kata Abe dalam perutusannya.
Abe berkata beliau tidak sabar untuk mengadakan mesyuarat bersama Macron akhir bulan ini di Itali pada mesyuarat Kumpulan Tujuh negara-negara perindustrian utama.
Selepas pusingan pertama pengundian di Perancis bulan lalu, Macron mengalahkan Marine Le Pen, calon sayap kanan jauh, dalam pengundian pusingan akhir semalam. – Xinhua