Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ABG Shipyard tipu bank AS$3 bilion

    MUMBAI, 14 FEB – Sebuah syarikat pembina kapal telah dituduh menipu bank kerajaan terbesar di India dan 27 institusi kewangan lain sekitar AS$3 bilion, kata agensi siasatan negara itu, dalam apa yang dikatakan penipuan bank terbesar.

    Biro Siasatan Pusat (CBI) – agensi siasatan persekutuan India – berkata dalam satu kenyataan yang ABG Shipyard telah menipu 28 bank sebanyak 228.42 bilion rupee (AS$3 bilion).

    Bank pemberi pinjaman swasta ICICI merupakan mangsa terbesar ABG, kerugian lebih AS$900 juta, menurut audit forensik daripada Ernst & Young yang disiarkan pada hujung minggu oleh Bank Negara India, salah satu pemberi pinjaman lainnya.

    Bank IDBI milik kerajaan – dimiliki oleh syarikat insurans LIC terkait IPO – adalah mangsa kedua hampir AS$500 juta, menurut dokumen itu, disusuli dengan SBI – pemberi pinjaman milik kerajaan terbesar di negara itu – hampir AS$400 juta.

    SBI memfailkan aduan polis ke atas ABG Shipyard, subsidiari luar negaranya, lima pengarah syarikat dan ‘kakitangan kerajaan dan persendirian yang tidak dikenali’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...