Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Abhishek Bachchan sering terima nasihat daripada isteri

    Pelakon Bollywood Abhishek Bachchan mendedahkan dia menerima nasihat dan tip daripada isterinya iaitu aktres Aishwarya Rai tentang cara berdepan dengan komen negatif.

    Menurut Abhishek, isterinya sentiasa berpesan agar mengabaikan saja komen negatif supaya dapat melihat perkara positif.

    “Isteri saya pernah beritahu yang ‘awak dapat 10,000 komen positif tapi awak terkesan dengan satu komen negatif. Awak patut fokus yang positif dan merasai keindahan dunia yang positif’.

    “Jadi, saya sentiasa cuba melihat sesuatu dengan positif,” katanya.

    Dalam pada itu, Abhishek memberitahu dia tidak akan membiarkan kegagalan dan kritikan orang memberi kesan negatif kepada dirinya.

    “Awda tidak boleh berhadapan dengan kegagalan… kegagalan berdepan dengan awda. Satu-satunya perkara yang penting ialah bagaimana anda keluar daripadanya.

    “Saya tidak membiarkan kegagalan dan kritikan memberi kesan negatif kepada saya. Saya mengambilnya sebagai positif untuk memperbaiki diri sebagai seorang yang profesional.

    “Saya sentiasa cuba menjadikan kegagalan saya sebagai pengajaran,” katanya. – Agensi

    Abhishek Bachchan mendedahkan dia menerima nasihat dan tip daripada Aishwarya Rai tentang cara berdepan dengan komen negatif. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...