Abiy, utusan AU bincang konflik Etiopia

ADDIS ABABA, 27 NOV – Perdana Menteri Etiopia Abiy Ahmed hari ini bertemu dengan utusan Kesatuan Afrika (AU) untuk membincangkan konflik di Tigray, di mana tentera kini bersiap bersedia untuk melakukan apa yang disebutnya sebagai serangan terakhir terhadap pasukan serantau.

Abiy, pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun lalu, kelmarin mengumumkan ‘fasa ketiga dan terakhir’ dalam kempennya menentang Tigray People’s Liberation Front (TPLF).

Keganasan itu telah mengorbankan ratusan jiwa dan mengakibatkan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu setengah juta penduduk lagi di Mekele, ibu kota wilayah, kini berdepan dengan ancaman serangan.

Masyarakat antarabangsa telah memberi amaran bahawa demonstrasi seperti itu boleh melanggar peraturan peperangan dan telah meminta usaha bagi perdamaian segera.

Addis Ababa menolak untuk berunding dengan TPLF dan Abiy menolak gesaan untuk berdialog sebagai ‘campur tangan’ dalam urusan dalaman Etiopia.

Tetapi perdana menteri hari ini menerima kedatangan tiga bekas pemimpin Afrika di pejabatnya di Addis Ababa iaitu Joaquim Chissano dari Mozambique, Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia dan Kgalema Motlanthe dari Afrika Selatan – dihantar minggu ini oleh AU sebagai orang tengah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan mereka, Abiy mengatakan dia menghargai “sikap ini dan komitmen yang teguh ini menunjukkan kepada prinsip penyelesaian Afrika untuk masalah Afrika.” – AFP

Gambar fail pada 6 September 2020 menunjukkan beberapa penduduk tempatan berjalan di hadapan ibu pejabat TPLF di kota Mekele, Etiopia utara. Abiy kelmarin bertemu dengan utusan Kesatuan Afrika untuk membincangkan konflik di Tigray. – AFP