Abraham diberi amaran kekalkan prestasi

LONDON, 7 JULAI – Pengurus Chelsea, Frank Lampard telah memberi amaran kepada Tammy Abraham supaya tidak membiarkan perbincangan kontraknya menjejas prestasinya.

Abraham telah menjaringkan 15 gol sepanjang musim buat Chelsea, tetapi penyerang dari England itu gagal menemukan jaringan sejak 11 Januari lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan hampir mencapai persetujuan kontrak baharunya pada awal musim ini.

Tetapi beliau hanya diturunkan sekali sahaja sejak COVID-19 meletus semasa kekalahan di West Ham minggu lalu kerana Olivier Giroud diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Lampard.

Pemain-pemain muda Chelsea seperti Abraham, Callum Hudson-Odoi, Reece James, Mason Mount dan Fikayo Tomori semuanya telah menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea pada tahun lalu.

Aksi Tammy Abraham melakukan tendangan semasa perlawanan antara Chelsea dan Manchester City di Stamford Bridge, di London, England, pada 25 Jun. – AP

Namun, menurut Abraham, masih tinggal kurang dua tahun lagi dalam perjanjiannya untuk kekal di Stamford Bridge. Namun Lampard menjangkakan dia akan tetap fokus ketika Chelsea kekal berada di tempat keempat untuk mengejar kelayakan Liga Juara-Juara.

“Saya tahu mengenai kontrak Tammy, tetapi kami tetap bersama dengannya,” kata Lampard menjelang perjalanan menentang Crystal Palace esok.

“Saya akan meninggalkannya bersama dengan kelab untuk membincangkan hal itu. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang mengganggu fikirannya sekarang.

Lampard telah berkata kepada Abraham bahawa satu-satunya cara untuk memaksa dia kembali fokus adalah bekerja lebih keras daripada sebelumnya dalam latihan.

“Dia mempunyai musim yang sangat bagus, dia tidak menjaringkan banyak gol pada separuh kedua musim ini,” katanya.

“Tetapi sebagai pemain muda, hanya ada satu jalan keluar dari itu dan ia adalah bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam latihan.” – AFP