Abu Dhabi kurangkan kos pendaftaran perniagaan

ABU DHABI, 26 JULAI – Abu Dhabi akan mengurangkan kos penubuhan perniagaan baharu sebanyak ‘lebih 90 peratus’ mulai esok untuk menambah ‘daya saing serantau dan antarabangsa’ kerajaan amiriah, telah pun menjadi tarikan kepada perdagangan.

Dalam beberapa minggu ini, pihak berkuasa telah mempertingkat usaha untuk menarik perniagaan baharu ke Abu Dhabi, salah satu daripada tujuh amiriah yang membentuk Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Cukai korporat adalah sifar di UAE ketika ia berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya yang berasaskan minyak.

“Bayaran penubuhan perniagaan di amiriah Abu Dhabi telah dikurangkan kepada AED1,000 – pengurangan lebih daripada 90 peratus,” kata Pejabat Media Kerajaan Abu Dhabi dalam satu kenyataan lewat semalam.

Tarif baharu akan melihat pembatalan beberapa bayaran yang sebelum ini dibayar kepada pelbagai badan awam berlainan dan pengurangan bayaran lain, dan akan berkuat kuasa mulai 27 Julai, tambahnya.

“Tindakan itu akan mempertingkat kemudahan menjalankan perniagaan di amiriah serta menambah daya saing Abu Dhabi di serantau dan juga antarabangsa,” menurut kenyataan.

Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Amiriah Arab Bersatu adalah antara ‘negara yang tidak mengenakan cukai ke atas perniagaan.’ – AFP