Abu Dhabi laksana peraturan ketat penduduk belum divaksin

ABU DHABI, 10 JUN – Abu Dhabi bakal melaksanakan peraturan baharu COVID-19 bermula Selasa depan yang kurang memerlukan ujian kerap untuk mengakses tempat-tempat awam bagi mereka yang sepenuhnya divaksinasi.

Semua penduduk bagi emiriah terbesar dari tujuh emiriah itu yang terdiri daripada UAE telah diberikan aplikasi kod berwarna yang menyatakan tentang sejarah vaksinasi dan ujian mereka.

Bermula minggu depan, hanya mereka yang mempunyai status ‘hijau’ saja dibenarkan masuk ke gedung beli-belah dan pasar raya besar, gim, hotel, taman, pantai dan kolam renang, tempat hiburan, pawagam, muzium dan restoran serta kafe, kata Pejabat Media Abu Dhabi.

Orang yang sepenuhnya diinokulasi akan mengekalkan status ‘hijau’ mereka selama 30 hari selepas ujian PCR terakhir negatif, sementara mereka yang belum divaksinasi hanya dikekalkan selama tiga hari.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah meningkatkan kempen vaksinasi COVID-19 memberi amaran pada April bahawa mereka yang kekal belum divaksin akan berdepan sekatan pergerakan ketat. – AFP