Abu gunung berapi ledakan 1912 bertiup ke Alaska

ACHORAGE, ALASKA, 18 NOV – Saintis-saintis gunung berapi mengeluarkan amaran kewaspadaan kelmarin, tentang amaran abu – dari ledakan lebih satu abad yang lalu – telah menuju ke Pulau Kodiak, Alaska.

Abu itu adalah daripada ledakan Novarupta tahun 1912, gunung berapi Semenanjung Alaska yang menggugurkan abu gunung berapi, masih dapat dilihat hingga hari ini.

Angin barat laut yang kencang di Taman Negara Katmai dan Lembah Ten Thousand Smokes kelmarin telah meniup kencang abu gunung berapi itu.

Angin dijangka membawa abu sekitar 161km ke tenggara menuju Pulau Kodiak, dan pesawat penerbangan turut diberi amaran bagi kejadian tersebut. Saintis menganggarkan awan tidak akan dapat berada di paras 7,000 kaki.

Beberapa daripada kejadian itu boleh menyebabkan habuk abu ringan menyelubungi sekitar komuniti. – AP