Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abu gunung berapi tutup lapangan terbang La Palma

    PULAU LA PALMA, SEPANYOL, 7 OKT – Abu tebal dari gunung berapi yang meletus di La Palma pada hari ini telah memaksa lapangan terbang pulau tersebut untuk ditutup buat kali kedua semenjak letusan 19 September, menurut pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol.

    “Lapangan terbang tersebut tidak beroperasi buat sementara waktu,” beritahu seorang jurucakap AENA kepada AFP, mengatakan ‘beberapa kerja pembersihan perlu dilakukan’ di landasan sebelum dibuka semula.

    Tetapi penutupan tersebut ‘mungkin tidak mengambil masa yang lama’, tambahnya.

    Syarikat penerbangan tempatan Binter mengatakan ia membatalkan semua penerbangan masuk dan keluar dari La Palma, salah satu kepulauan Canary di Sepanyol di Atlantik, berhampiran dengan pantai barat laut Afrika.

    Lapangan terbang tersebut ditutup buat sementara pada 25 September selepas awan abu hitam memaksa syarikat penerbangan membatalkan penerbangannya.

    Walaupun ia dibuka pada esoknya, penerbangan tidak disambung sehingga 29 September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda