Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abu Sayyaf pancung sepasang suami isteri

    MANILA, 5 Jan – Kumpulan pengganas Abu Sayyaf memenggal kepala pasangan suami isteri warga Filipina, di sebuah kampung terpencil di pulau Basilan, selatan negara itu, kata seorang pegawai tentera lapor agensi berita Xinhua.

    Brig. Jeneral Pasukan Petugas Bersama Basilan, Juvymax Uy berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Abdurahim Kituh dan isterinya, Nadzwa Bahitla, kedua-duanya penduduk Isabela City.

    Pasangan itu dibunuh semalam di sebuah kampung di pulau Basilan kerana disyaki memberi maklumat kepada pihak tentera.

    Uy berkata, mayat pasangan itu ditemui beberapa jam selepas dibunuh.

    Pada tahun lalu, beberapa orang mangsa culik warga asing termasuk Vietnam, Jerman dan Kanada, dipancung selepas gagal membayar wang tebusan bernilai jutaan dolar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda