AC Milan, Arsenal, Leicester kukuh kedudukan Liga Europa

MILAN, 30 OKT – AC Milan menewaskan Sparta Prague 3-0 untuk kemenangan kedua berturut-turut di Liga Europa semalam, sementara Tottenham tewas dengan kekalahan mengejut 1-0 menentang pasukan pendatang baru, Antwerp.

Milan gagal menjaringkan sepakan penalti oleh Zlatan Ibrahimovic pada awal perlawanan namun kekal tanpa kalah dalam 23 perlawanan dalam semua pertandingan, sejak musim bermula.

Beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) meraih kemenangan kedua berturut-turut. Leicester mengalahkan AEK Athens 2-1 sementara Arsenal menjaringkan tiga gol dalam masa empat minit dalam kemenangan 3-0 ke atas kelab Ireland, Dundalk.

Satu minit tanda penghormatan diadakan menjelang perlawanan antara Nice dan Hapoel Beer Sheva untuk menghormati ketiga-tiga mangsa serangan bunuh di bandar Perancis awal semalam.

Pemain dari kedua-dua pasukan memakai lilitan tangan hitam semasa perlawanan, yang dimenangi oleh tuan rumah 1-0.

Arsenal’s English striker Eddie Nketiah (C) goes close during the UEFA Europa League 1st round day 2 Group B football match between Arsenal and Dundalk at the Emirates Stadium in London on October 29, 2020. (Photo by Glyn KIRK / AFP)

Benfica dan Rangers memperoleh kemenangan kedua berturut-turut sementara Hoffenheim dan Wolfsberg meraih kemenangan besar.

Ibrahimovic membuat kemunculan hebat dengan jaringan pada minit ke-45 perlawanan bagi mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan H.

Pemain veteran berusia 39 tahun itu melepasi Brahim Diaz dari sebelah kanan untuk menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan kencang.

Arsenal pada awalnya kelihatan kecewa ketika pertahanan Dundalk terus bertahan.

Kemudian, memecah kebuntuan pada separuh masa pertama apabila Eddie Nketiah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-42 dari jarak sepakan sudut.

Dua minit kemudian, rembatan Nicolas Pepe memasuki gawang untuk menggandakan jaringan.

Hanya setengah minit ke babak kedua, Pepe menjaringkan gol ketiga buat Arsenal. – AP