Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    AC Milan dan Inter Milan menang selesa

    ROM, 7 MEI – AC Milan dan Inter Milan memperoleh kemenangan 2-0 ke atas kelab Rom ketika mereka bertukar tempat dalam Serie A menjelang pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara.

    Milan melonjak buat seketika daripada tempat keenam kepada keempat, melepasi Inter, dengan kemenangan di tempat sendiri ke atas Lazio di tempat kedua.

    “Kami bermain dengan hebat, kini ada banyak masa untuk pulih menjelang separuh akhir menentang Inter,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

    “Sekarang biarlah kami fikirkan tentang Liga Juara-Juara.”

    Inter kemudian melonjak kembali ke tangga keempat apabila mereka menang di tempat lawan di Roma, mengekalkan pasukan Jose Mourinho di luar tempat Eropah.

    Di San Siro, Ismael Bennacer mendapatkan bola di kawasan Lazio dan merembat masuk ke gawang untuk memberikan AC Milan pendahuluan pada minit ke-17.

    Selepas 29 minit, bek sayap, Theo Hernandez menerima umpan daripada penjaga gol, Mike Maignan di tepi kotak Milan.

    Selepas mengenepikan cabaran awal, pemain Perancis itu berlari tanpa halangan jauh ke dalam separuh kawasan Lazio sebelum merembat dari jarak 30 meter melepasi Ivan Provedel.

    Lazio tidak berjaya melakukan rembatan ke sasaran, walaupun Toma Basic mensia-siakan peluang bola jarak dekat pada akhir minit permainan.

    Kedua-dua kelab Milan itu bertemu dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu dan kedua-duanya nampaknya mengintai kemenangan dalam saingan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...