AC Milan, Hauge meterai kontrak lima juta euro

MILAN, 1 OKT – Penyerang Norway, Jens Petter Hauge semalam telah menandatangani kontrak lima tahun dengani AC Milan, seminggu setelah menjaringkan gol menentang kelab Itali itu di Liga Europa.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol kedua FK Bodo dalam perlawanan kekalahan pusingan kelayakan 3-2 oleh Milan di San Siro.

“AC Milan mengumumkan penandatanganan Jens Petter Hauge dari FK Bodo atau Glimt dalam perjanjian tetap,” kata kelab itu.

“Penyerang Norway itu telah menandatangani kontrak dengan Rossoneri hingga 30 Jun 2025.” Perjanjian itu dilaporkan bernilai lima juta euro (AS$5.8 juta).

Pemenang tujuh kali Liga Juara-Juara itu telah melanjutkan kontrak bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic, yang berusia 39 tahun pada Sabtu lalu, untuk satu musim. Tetapi kedatangan Hauge adalah sebahagian daripada usaha kelab untuk membawa bakat baharu kerana mereka menyasarkan kembali ke pertandingan elit Eropah untuk pertama kalinya sejak musim 2013-2014. – AFP