Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AC Milan kembali ke puncak Serie A

    ROM, 25 APRIL – Sandro Tonali menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika AC Milan bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Lazio kelmarin dan merampas semula kedudukan teratas daripada juara bertahan, Inter Milan di tangga teratas Serie A.

    Ciro Immobile meletakkan Lazio di depan pada perlawanan di Stadio Olimpico di Rom tetapi Olivier Giroud menyamakan kedudukan selepas separuh masa pertama sebelum percubaan hebat Tonali memastikan Milan dalam keadaan terbaik memburu kejuaraan.

    Mereka kini mendahului dua mata di depan Inter, yang menewaskan Roma 3-1 pada aksi Sabtu lalu dan memiliki kelebihan satu perlawanan sebagai pasukan pelawat menentang Bologna pada Rabu nanti. Inter juga menyingkirkan Milan di separuh akhir Piala Itali pada pertengahan minggu lalu.

    Ciro Immobile menjadi penjaring terbanyak di liga utama Itali apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Sergej Milinkovic-Savic pada minit keempat.

    Pemain antarabangsa Itali itu mengumpul 181 gol dalam Serie A mengatasi penyerang veteran Sampdoria, Fabio Quagliarella pada ketika Immobile mendahului senarai penjaring musim ini dengan 26 gol.

    Giroud kemudian menyudahkan kerja keras Rafael Leao untuk menyamakan kedudukan dan Milan mengesahkan kemenangan apabila Zlatan Ibrahimovic membuat hantaran yang disudahkan Tonali selepas tandukan lemah pemain pertahanan lawan, Francesco Acerbi. – AFP

    Sandro Tonali meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Lazio di Stadium Olimpik, Rom pada 24 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...