LAUSANNE, 28 Jun – UEFA kelmarin telah menggantung AC Milan untuk menyertai Liga Europa musim depan kerana melanggar peraturan fair play kewangan selepas kelab tersebut mengambil risiko terhadap jumlah hutang.
“Kelab tersebut telah dikeluarkan daripada menyertai kejohanan kelab UEFA untuk kelayakan dua musim depan,” menurut kenyataan UEFA.
Kelab Itali itu telah layak ke Liga Europa bagi musim 2018-2019 jadi penggantungan itu telah berkuat kuasa bermula sejak itu.
Bagaimanapun, Milan kemudiannya berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terha-dap keputusan itu.
“Selepas mengambil maklum mengenai arahan tersebut, AC Milan telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengemukakan rayuan sebelum Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan di Lausanne, untuk menilai semula keputusan tersebut,” menurut kenyataan kelab. “AC Milan percaya sepenuhnya bahawa CAS akan mendengarkan hujah tersebut dan mengelak daripada penangguhan ulasan penimbangtaraan.”

UEFA bulan lepas mengumumkan bahawa juara Eropah tujuh kali itu gagal untuk meyakinkan pihak berkuasa mereka kukuh dari segi kewangan dan merujuk kes melalui unit kawalan kewangan untuk cadangan hukuman yang setimpal.
Arahan yang diumumkan kelmarin, pihak kehakiman mendapati bahawa AC Milan telah melanggar peraturan, di mana ia akan menghalang kelab daripada berhutang untuk membiayai tanggungjawab seperti gaji atau bayaran perpindahan.
Peraturan tersebut adalah bagi mengelakkan kerugian terkumpul yang menyebabkan kewangan tidak terurus, menurut UEFA.
Kebimbangan UEFA mengenai kestabilan AC Milan meningkat sejak dibeli oleh ahli perniagaan China, Li Yonghong daripada Silvio Berluscono dengan harga AS$918 juta pada April tahun lepas. – AFP

































