ROME, 3 Ogos – Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain kelmarin telah menyertai AC Milan dalam perjanjian pertukaran tiga pemain antara AC Milan dan Juventus yang menyaksikan Leonardo Bonucci kembali ke Turin selepas semusim di sana.
Milan menandatangani Higuain dengan perjanjian pinjaman selama setahun yang dilaporkan bernilai 18 juta euro dan diberi pilihan untuk membeli pemain itu pada musim panas seterusnya dengan nilai 36 juta euro.
Pemain pertahanan Itali, Bonucci telah digantikan dengan Mattia Caldara beberapa minggu selepas Caldara tiba di Juve dari Atalanta di mana ia telah bersetuju pada Januari 2017.
Higuain meninggalkan Juventus, di mana beliau menjuarai dua gelaran Serie A dan menjaringkan 40 gol dalam 76 penampilan liga, susulan perpindahan mengejutkan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.
Media Itali melaporkan bahawa perpindahan Higuain telah distruktur untuk membenarkan Milan mematuhi peraturan Permainan Kewangan Adil UEFA.

Musim lepas, Milan mencatat hanya 56 gol di Serie A, jumlah tersebut menyebabkan mereka berdepan kerugian dibandingkan dengan Juventus, Napoli dan Roma termasuk pesaing jiran tetangga, Inter Milan yang kesemuanya menempah tiket ke Liga Juara-Jaura.
“Pengembaraan baharu sudah bermula,” kata Higuain selepas menjalani ujian perubatan.
Perpindahan pemain Argentina membuka pintu untuk Bonucci kembali ke Turin di mana pemain pertahanan itu merangkul enam gelaran liga dan mara ke final Liga Juara-Juara sebanyak dua kali.
Pemain berusia 31 tahun itu kembali ke Juventus selepas beraksi semusim bersama Milan, yang hanya menghuni kedudukan keenam musim lepas dan terlepas beraksi di Liga Juara-Juara selepas berbelanja lebih AS$233 juta untuk mendapatkan pemain baharu pada musim panas yang lalu.
“Turin dan Juventus merupakan rumah saya. Ia sukar untuk membayangkan bahawa ia akan berlaku,” kata Bonucci. “Saya teruja untuk kembali.”
Milan cuba untuk bangkit semula selepas berdepan masalah susulan kelab itu dijual kepada pemilik China pada April tahun lepas tetapi penampilan yang buruk dihantui dengan kebimbangan mengenai masalah kewangan. – AFP