Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara amal Pusat Ehsan meriah

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Al-Maryam telah berjaya mengumpulkan kira-kira $30,000 menerusi Charity Fun Walk, Run and Cycle Edisi Daerah Brunei dan Muara yang telah diadakan di Dewan Serba guna Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Hadir menyertai acara amal tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur. Acara amal berkenaan telah berjaya menarik sebanyak 490 penyertaan bagi kategori berjalan dan berlari 5km serta berbasikal 30km.

    Antara objektif acara tersebut adalah untuk mengumpulkan dana bagi Pusat Ehsan dalam membantu menampung kos operasi dan perkhidmatan-perkhidmatannya.

    Ia juga diharap untuk meningkatkan kesedaran mengenai membantu mereka yang mempunyai kelainan upaya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti semasa menghadiri acara Charity Fun Walk, Run and Cycle anjuran Pusat Ehsan yang berlangsung di Dewan Serba guna Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    Antara peserta yang hadir pada acara Pusat Ehsan Charity Fun Walk, Run and Cycle kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda