Acara berbasikal sambil beramal meriah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Lebih 300 orang peserta berkumpul dari awal pagi lagi untuk sama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan lagi acara berbasikal sambil beramal, Acara Berbasikal Varsiti 5.0 bersempena Hari Puja Usia ke-45 tahun, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Perkarangan Kawasan Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

Acara berbasikal varsiti yang dianjurkan bersama oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan UTB itu merupakan ekspedisi berbasikal amal bagi mengutip sumbangan untuk Persatuan Sindrom Down Brunei, ABLE di mana para peserta berbasikal bermula dari UTB dan kembali ke Bangunan Sains Berintegrasi, UBD.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)