Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Acara keramaian bantu meriahkan ibu kota

    Pada minggu lalu saya ada terbaca satu surat pembaca bertajuk BSB kembali suram selepas perayaan? oleh Meriahkan Bandar yang disiarkan dalam akhbar Media Permata bertarikh 3 Ogos 2022.

    Dalam surat pembaca berkenaan penulis cuba mempersoalkan tentang kemeriahan ibu kota selepas berakhirnya acara perayaan sempena Sambutan Hari Keputeraan

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Saya tidak menafikan penjelasan beliau dalam surat pembaca itu kerana jika hanya mengharapkan tarikan di Kompleks Yayasan memang belum cukup memadai.

    Dalam masa yang sama berkemungkinan harapan beliau yang mahukan ibu kota meriah seperti malam-malam perayaan terkabul kerana baru-baru ini saya ada terbaca iklan di laman Facebook menyatakan acara Lighting Festival akan diadakan di tempat letak kereta berdepanan Muzium Alat Kebesaran.

    Diharapkan acara-acara seperti ini sering diadakan kerana ia akan dapat membantu memeriahkan suasana bandar dan diharap pihak relevan mahupun orang awam tampil memberikan cadangan untuk memeriahkan ibu kota.

    Alif

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -