Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Acara memperingati Hari ITEC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, hari ini telah mengadakan acara untuk memperingati 57 tahun Hari Kerjasama Teknikal dan Ekonomi India (ITEC).

    Dianjurkan dengan mematuhi garis panduan berkaitan COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, acara itu dihadiri oleh kira-kira 40 orang tetamu mewakili Alumni ITEC, ahli-ahli persatuan belia Brunei dan dewan-dewan perdagangan, fakulti dan pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Para peserta Sidang Kemuncak Belia ASEAN-India, ASEAN-India Online Hackathon dan ahli-ahli terkemuka persatuan-persatuan India di Brunei juga menghadiri acara itu.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India, semasa acara itu, para jemputan telah menyaksikan video-video yang memfokuskan terhadap beberapa kapsul pembinaan kapasiti yang dijalankan di bawah Program ITEC.

    Suruhanjaya tinggi berkenaan juga menerima permintaan daripada beberapa peserta untuk memudahcarakan beberapa program khas, termasuk yang berkaitan dengan sektor startup dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi manfaat komuniti perniagaan di Brunei.

    TYT Ajaneesh Kumar menyampaikan ucapan pada majlis memperingati 57 tahun Hari ITEC di Suruhanjaya Tinggi India kelmarin. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India

    Kenyataan menjelaskan, ITEC yang merupakan program kerjasama India paling berjaya menyediakan bantuan teknikal, peluang-peluang latihan atau pembangunan kapasiti kepada negara-negara rakan dalam pelbagai bidang termasuk IT, perbankan, pentadbiran, audit dan saintifik kepada kakitangan awam dan pertahanan.

    Setakat ini, 51 orang rakyat Brunei telah mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di ITEC. Daripada jumlah itu, 37 orang telah mengikuti program terpilih dalam format fizikal di India dan 14 pegawai Kementerian Pembangunan pula telah mengikuti program dalam talian pada Oktober 2020.

    Dalam ucapannya, Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar menekankan bahawa suruhanjaya tinggi berkenaan kerap berkongsi butiran mengenai program latihan ITEC akan datang bersama pihak berkuasa tempatan.

    Oleh itu, beliau menyeru kerajaan untuk memanfaatkan sepenuhnya kursus berkenaan, untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja yang pastinya menyumbang kepada kemajuan kerjaya peserta serta pemba-ngunan organisasi selaras de-ngan Wawasan Brunei 2035.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...