Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara rangkaian StanChart fokus perbankan perniagaan, pekerja

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Standard Chartered (StanChart) telah mengadakan acara rangkaian yang menyaksikan penyertaan profesional dan pihak berkepentingan daripada serata sektor awam dan swasta yang mengetengahkan program pembentanhan, peluang rangkaian serta perkongsian ilmu pengetahuan yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Bank StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dalam ucapan pengenalannya menekankan komitmen bank berkenaan untuk menyampaikan penyelesaian kewangan inovatif yang berpaksikan pekerja, yang memperkasa individu, perniagaan serta memupuk kesejahteraan kewangan.

    Beliau berkata lagi pihaknya percaya dengan menjana penyelesaian perbankan khusus bagi pekerja adalah amat penting dalam landskap kewangan kini yang pesat berubah.

    Menerusi acara itu, tambahnya, pihaknya berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungannya dengan masyarakat sambil mengetengahkan kepakaran dan komitmen mereka kepada menyokong keperluan unik klien serta pekerja mereka.

    Pengiran Aki Ismasufian menambah bahawa sebagai sebuah bank antarabangsa yang mempunyai keberadaan di lebih 50 pasaran di seluruh dunia, mereka dapat memanfaatkan kekuatan mereka menerusi rangkaian antarabangsanya untuk menawarkan kepada klien mereka yang terbaik dari segi kepakatan setempat dengan sokongan dan pandangan global.

    Acara diteruskan dengan pembentangan daripada StanChart yang mengetengahkan program-program perbankan perniagaan dan perbankan pekerja, menekankan penyelesaian khusus dan perkhidmatan kewangan komprehensif bank berkenaan yang direka untuk menyokong matlamat kewangan pekerja dan perniagaan.

    Pembentangan terperinci mengenai perbankan pekerja diketuai oleh Mohammad Hadrat Agong yang memberikan para jemputan pandangan ke dalam penyelesaian perbankan khusus yang direka untuk pekerja, membolehkan mereka untuk mengurus kewangan mereka secara efektif dan mencapai aspirasi kewangan mereka.

    Acara diteruskan dengan pembentangan perbankan perniagaan oleh Jan Hng yang menawarkan perspektif mengenai barisan perkhidmatan StanChart yang khusus bagi klien perniagaan, menggariskan komiten bank kepada memudahkan pertumbuhan serta daya tahan kewangan bagi perniagaan pelbagai saiz.

    Pengiran Aki Ismasufian ketika menyampaikan ucapan pengenalannya. – GAMBAR SERAHAN STANCHART
    Pembentangan daripada StanChart yang mengetengahkan program-program perbankan perniagaan dan perbankan pekerja. – GAMBAR SERAHAN STANCHART

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda