Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Acara rumah dihadkan 30 orang

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Orang ramai yang berhasrat mengadakan acara-acara di rumah-rumah persendirian dinasihatkan untuk mengehadkan jumlah kehadiran kepada 30 orang sahaja dengan melakukan ujian ART sebelum menghadiri acara-acara tersebut.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata pengemaskinian garis panduan itu adalah bagi menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    “Selain itu, garis panduan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan sanitasi tangan dan sebagainya hendaklah sentiasa dipatuhi,” tambahnya.

    Bagi acara-acara yang diadakan di dewan-dewan, Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa had keramaian 300 orang adalah masih dikekalkan dengan mematuhi garis panduan kesihatan yang sedia ada, termasuk penggunaan kod QR.

    “Walau bagaimanapun, penganjur acara hendaklah juga memastikan setiap yang hadir melakukan ujian ART sebelum menghadiri acara berkenaan,” tekan beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...