Acara sepetang promosi produk jenama Guardian

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan
Guardian, baru-baru ini, telah menghoskan Sunday Soiree yang bermatlamat untuk
mempromosikan produk-produk jenamanya sendiri.

Diadakan di Rack & Brew, Gadong dengan diketuai oleh Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Jennifer Yang, acara sepetang itu telah menjemput orang berpengaruh dalam sosial media tempatan untuk mencuba produk-produk oleh Botaneco Garden, Derma365, Nature’s Heart, Be Youtiful dan Happy Mask, kesemuanya di bawah jenama milik Guardian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Guardian mempunyai hampir 500 unit simpanan stok (SKU) produk jenamanya yang tersedia secara eksklusif di kesemua kedainya di negara ini.

Produk-produk meliputi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, keluarga dan warga emas.

Bukan sahaja diuji dan terbukti dari segi dermatologi, produk-produk jenama Guardian juga disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Brunei sebagai negara Islam, keperluan produk-produk yang disahkan halal sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Gambar ramai pada acara Sunday Soiree anjuran Guardian.