Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Acara tahunan JBBSB meriah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Kawasan letak kereta Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) mula dipenuhi oleh warga jabatan bersama keluarga mereka sejak pukul 7 pagi lagi bagi menyertai Acara Tahunan JBBSB.

Acara yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti berkenaan secara tidak langsung memberi peluang kepada warga jabatan mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Beberapa orang warga jabatan dan ahli keluarga yang ditemui rata-ratanya menjelaskan, dengan acara seumpama itu ia dapat memberi peluang kepada warga jabatan untuk beriadah bersama keluarga, lebih-lebih lagi dengan cuti persekolahan yang telah bermula.

“Dengan beberapa aktiviti yang disediakan, ia juga secara tidak langsung dapat menguji minda peserta selain mendedahkan golongan kanak-kanak kepada beberapa permainan yang boleh dibuat di rumah untuk mengisi masa percutian dengan lebih berfaedah,” jelas salah seorang pengunjung yang merupakan ahli keluarga warga jabatan berkenaan.

Antara aktiviti yang memeriahkan acara termasuk boling kelapa, menendang bola ke gawang, lontar getah, aktiviti mewarna, menyusun atur gambar dan banyak lagi.

Anak-anak warga jabatan juga tidak terkecuali menyertai aktiviti susun atur gambar.
Gelagat warga jabatan dan ahli keluarga ketika menyertai salah satu acara semasa Acara Tahunan JBBSB.

Artikel sebelum iniBeramal dengan derma darah
Artikel seterusnyaJaga hubungan dengan Allah
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -