Acara trek dan padang perlu kelulusan

KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak akan membahayakan keselamatan dan kesejahteraan atletnya dengan menganjurkan pertandingan sebelum pandemik COVID-19 berakhir sepenuhnya.

Walaupun para atlet dan pegawai teruja untuk kembali ke trek dan padang untuk menguji kecerdasan mereka selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembatalan kejohanan, aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan KOM.

Presiden KOM Datuk S. M. Muthu berkata kesatuan itu akan hanya menganjurkan pertandingan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, walaupun PKP berakhir pada 28 April. – Bernama