ACC ke-9 bincang kesan pandemik terhadap dasar persaingan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Persidangan Persaingan ASEAN (ACC) ke-9 telah diadakan secara dalam talian pada 1 dan 2 Disember lalu dengan tema Melindungi Persaingan – Respons Pasca Pandemik.

ACC yang dihadiri oleh pakar-pakar persaingan, ahli akademik dan sektor swasta dari dalam dan luar ASEAN itu menjadi platform serantau untuk membincangkan perkemba-ngan isu yang timbul mengenai dasar persaingan.

Naib Menteri Perindustrian dan Perdagangan Vietnam, Nguyen Sinh Nhat Tan dalam ucapan pembukaannya menyatakan, ACC tahun ini diadakan untuk menilai kesan pandemik terhadap agensi-agensi penguatkuasaan persaingan di setiap negara anggota ASEAN (AMS).

Keberkesanan penguatkuasaan persaingan dan undang-undang akan menjadi asas untuk mewujudkan ekonomi yang sihat dan memastikan ianya di bidang kalangan perniagaan.

Sementara itu, Naib Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Indonesia, Dr Guntur Syahputra Saragih dalam ucapannya pula menekankan kepentingan mengekalkan tahap persaingan yang sihat di rantau ini untuk ekonomi ASEAN pulih lebih cepat dan lebih baik.

Persidangan Persaingan ASEAN ke-9 diadakan secara dalam talian pada 1 dan 2 Disember lalu dengan tema Melindungi Persaingan – Respons Pasca Pandemik.

Beliau turut berkongsi hasil tinjauan ICC pada 2021 mengenai Kesan Pandemik COVID-19 dan Pemulihan Ekonomi kepada Dasar dan Undang-undang Persaingan di ASEAN.

Menurut beliau, hasilnya mengetengahkan kebimbangan mengenai peningkatan ekonomi digital dan implikasinya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), memerluka kerajaan untuk mempertimbangkan dasar persaingan dalam strategi keseluruhan bagi menangani krisis dan bagi AMS mempercepatkan tahap kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ACC ke-9 merangkumi perbincangan empat panel yang meliputi pelbagai topik antaranya Implikasi Pandemik COVID-19 kepada Pasaran ASEAN – Satu Tinjauan, Mengekalkan Pematuhan Perniagaan, Meningkatkan Kepentingan Dasar Persaingan untuk PMKS dalam Era Pasca Pandemik, Anjakan Pantas ke arah Ekonomi Digital dan Risiko Penguatkuasaan Persaingan dan Memperkukuh Kerjasama dalam Menjangkakan Krisis akan Datang.

Persidangan dianjurkan bersama oleh Pihak Berkuasa Persaingan dan Pengguna Vietnam, Kumpulan Pakar ASEAN mengenai Persaingan dan Sekretariat ASEAN.

Manakala itu, ACC ke-10 dijadualkan bersidang pada 2023.