Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Accelerate Bootcamp bantu syarikat pemula berkembang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Sebanyak 20 buah syarikat pemula yang berpotensi daripada pelbagai industri termasuk ICT, kemapanan industri, borong, runcit dan industri perkhidmatan telah menyertai serta menamatkan program Accelerate Bootcamp Kitaran 9 yang berakhir dengan Hari Demo secara maya melalui saluran YouTube Darussalam Enterprise (DARe) pada 13 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DARe, di sini, program Accelerate Bootcamp selama 100 hari itu bermatlamat bagi membantu syarikat-syarikat pemula yang berpotensi mencatat pertumbuhan besar untuk mempersiapkan bagi pelancaran pasaran dan pelaburan awal dengan menyediakan sumber serta bimbingan.

    Hari Demo diadakan di penghujung setiap kitaran program di mana ia menyediakan peluang bagi para peserta menjana rangkaian dengan bakal-bakal pelabur dan rakan kongsi perniagaan serta meneroka peluang-peluang pembiayaan dan akses pasaran di luar pinjaman biasa seperti pelaburan daripada venture capitalists dan angel investors.

    Lebih 300 buah syarikat pemula telah mengambil bahagian dalam Accelerate Bootcamp di mana secara kolektif berjaya menjana pelaburan berjumlah lebih daripada $3.25 juta sejak 2017.

    DARe mengendalikan dua jenis bootcamp perniagaan iaitu Micro Business Bootcamp dan Accelerate Bootcamp di mana Micro Business Bootcamp direka untuk membina asas kukuh dalam usahawan baharu dan yang menjalankan perniagaan mikro dan kecil tradisional manakala Accelerate Bootcamp menumpukan kepada syarikat pemula yang mempunyai cita-cita untuk berkembang menerusi inovasi dan pelaburan.

    Struktur program-program berkenaan termasuk bengkel, kelas pakar dan konsultasi individu dengan mentor serantau dan tempatan yang meliputi pelbagai aspek strategi serta inovasi perniagaan.

    Peserta-peserta Accelerate Bootcamp dan Micro Business Bootcamp akan memperoleh akses kepada inisiatif-inisiatif ekosistem DARe yang direka untuk menyokong perniagaan di peringkat pertumbuhan yang berbeza.

    Ia termasuk akses pasaran, latihan khusus, ruang pejabat dan kilang serta pembiayaan.

    Gambar ramai peserta program Accelerate Bootcamp anjuran DARe yang berakhir pada 13 Januari lalu. – Gambar serahan DARe

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...