Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Acer intai peluang kerjasama dengan syarikat IT di M’sia

    GEORGE TOWN, 18 SEPT – Anak syarikat Acer untuk cabang perkhidmatan IT, Acer e-Enabling Service Business Inc (AEB), kini sedang mengintai peluang untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat IT di sini.

    Ketua Pegawai Strategi, Tayu Cheng berkata syarikat itu melihat potensi besar untuk pendigitalan di Malaysia memandangkan komitmen kerajaan untuk mengemudi negara ke arah bidang ini dengan pelancaran rangka tindakan ekonomi digital negara.

    “Dalam masa terdekat, kami berharap dapat membentuk pakatan dengan rakan kongsi IT di sini untuk membida program kerajaan atau membantu perusahaan tempatan melakukan perkhidmatan berasaskan awan atau mendigitalkan proses mereka. Terdapat banyak peluang di sini.

    “Kami perlu mengenal pasti rakan-rakan kongsi ini terlebih dahulu dan berkawan dengan mereka. Jika ia berjalan lancar, kami bersedia untuk membeli sebahagian daripada saham mereka dan bekerjasama dengan lebih erat,” katanya kepada Bernama di luar acara Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) yang berakhir Khamis lalu.

    Beliau berkata peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia seperti perang perdagangan AS-China, pandemik COVID-19 dan konflik Ukraine-Rusia telah mendorong harga dan inflasi untuk me-ningkat, sekali gus memaksa syarikat mencari penyelesaian untuk mengurangkan kos sambil mengoptimumkan proses mereka.

    Ini juga telah mendorong pendigitalan yang lebih meluas untuk banyak pasaran kerana banyak syarikat mula membelanjakan lebih banyak untuk penyelesaian IT dan mula memilih perkhidmatan berasaskan awan. – Bernama

    Tayu Cheng berkata syarikat Acer melihat potensi besar untuk pendigitalan di Malaysia memandangkan komitmen kerajaan untuk mengemudi negara ke arah bidang ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -