Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Achey positif selepas enam kali buat ujian COVID-19

    Selepas menjalani lima kali ujian swab antigen pantas (ART) dan hasilnya negatif, pelawak popular, Achey tekad menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) selepas mengalami demam teruk.

    Menerusi ujian kali keenam, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 35, disahkan positif COVID-19.

    “Saya melakukan ujian PCR sebab sudah ada simptom demam yang melampau. Entahlah macam-macam sekarang, reda dan ikhtiar sahaja,” katanya.

    Achey memaklumkan berita duka itu menerusi hantaran dalam Instagram (IG) selepas ramai bertanya khabar.

    “Ramai bertanya dan mendoakan, tetapi saya memang tidak larat sejak beberapa hari lalu. Namun, keadaan saya semakin baik.

    Menerusi ujian kali keenam, Achey, 35, disahkan positif COVID-19. – Agensi

    “Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai. Ini termasuk kerja yang sudah ditetapkan tarikh.

    “Kepada rakan yang bertemu saya, bolehlah buat ujian swab. Maaf saya susahkan semua orang,” katanya.

    Bagaimanapun, Achey bersyukur isterinya, Nur Hasanah Yahaya dan anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada simptom dan bebas jangkitan virus berkenaan.

    Achey kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak dua hari lalu.

    Sebelum ini, isteri Achey, Anne berkongsi dalam laman sosial Instagram, tahap kesihatan suami merosot dan kini sedang menjalani rawatan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...