Saturday, October 1, 2022
24.8 C
Brunei

Achey terima hadiah terindah pada hari jadi

-

Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.

Nor Hasanah dalam satu hantaran di Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF di sebuah hospital di Johor.

Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau Mohd Nasir Hamzah.

Happy birthday sayang… Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.

Isteri Achey berkata rawatan itu adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey.- Agensi

“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.

Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka Achey telah menjaganya dengan baik.

Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil.

“Selama 11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Nor Hasanah turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.

“Doktor ini sangat terkenal dalam rawatan IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne… Selamat hari jadi Achey!

“Selamat hari jadi Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul,” tulis pengikutnya.

Untuk rekod, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -